Primadona filem Melayu, Erra Fazira, akhirnya mengesahkan bahawa beliau telah dirisik oleh keluarga bakal suami, ahli perniagaan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E, kira-kira enam minggu lalu.
Menurut Erra, 51, perbincangan serius di antara mereka berdua dilakukan terlebih dahulu sebelum melibatkan keluarga masing-masing.
Kedua-dua keluarga kami sudah bertemu enam minggu lalu untuk menghantar cincin tanda.
“Sebelum itu, kami berbincang dahulu. Bila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa keluarga,” katanya ketika ditemui OhBulan! pada majlis pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur.
Erra turut melahirkan rasa syukur apabila penyatuan itu menerima restu penuh daripada anak perempuannya, Engku Aleesya, serta bakal anak tiri.
Alhamdulillah kedua-dua anakanda kami sangat positif. Mereka bersyukur dan ikut sahaja perancangan kami, tiada bantahan.
Anak saya pun sudah 16 tahun, semuanya sudah difikirkan. Dengan pendekatan itu, kami ambil keputusan untuk bersatu.
Dalam majlis sama, Erra mengumumkan bahawa tarikh pernikahannya dengan Mr E ditetapkan pada 12 Disember ini.
Hubungan mereka mula dihidu sejak Ogos tahun lalu dan sejak itu pasangan berkenaan sering menjadi perhatian peminat.
(TAHNIAH) Erra Fazira Bakal Bergelar Isteri Pada Tanggal 12 Disember Ini
Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai tiga tahun kemudian. Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum berpisah selepas tujuh tahun bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

