Erra Fazira Sah Bergelar Isteri ,Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Jadi Perhatian Ramai

Hiburan

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri ,Mas Kahwin Sepokok Bunga Emas Jadi Perhatian Ramai

Pelakon dan penyanyi tersohor, Erra Fazira akhirnya menamatkan zaman solo selepas 12 tahun apabila selamat melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung penuh sederhana namun sarat dengan makna.

Antara momen paling mencuri tumpuan ialah mas kahwin unik berupa sepokok bunga emas seberat 102 gram, simbol kasih dan penghargaan istimewa daripada suaminya, usahawan dikenali sebagai Mr. E.

Advertisement

Majlis penuh bersejarah itu diadakan di lokasi Rinjani Majestic, Kg Melayu Subang.

Erra Fazira nikah

Majlis pernikahan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mohd Sabirin bin Noordin, dengan kehadiran keluarga terdekat serta sahabat rapat kedua-dua mempelai.

Selain mas kahwin, hantaran perkahwinan turut merangkumi persalinan emas, tas tangan, jam tangan dan kasut, semuanya disusun indah di dalam talam, menambah seri majlis yang berlangsung dalam suasana penuh elegan dan intim.

Perkahwinan ini sekaligus menamatkan penantian para peminat yang mengikuti perjalanan cinta Erra dan Mr. E sejak awal  dan menjadi titik baharu buat primadona Malaysia selepas lebih satu dekad hidup solo.

Tahniah diucapkan kepada Erra Fazira dan suami atas penyatuan penuh bermakna ini.

Foto menyusul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazley yaakob
2025-12-11 14:35:25

"Tak Semua Janda Tu Macam Syaitan.." - Datuk Fazley Yaakob Persoal Layanan 'Double Standard'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...