Kemunculan Datuk Awie dengan gaya terbaru berambut pendek ternyata telah mendapat perhatian daripada ramai peminat malah rakan artis yang juga merangkap teman baiknya, pelakon dan penyanyi Erra Fazira.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek itu dilihat ada meninggalkan komen di hantaran terbaharu Awie yang memuji gaya terbaru penyanyi rock lagenda itu.
View this post on Instagram
“Cenggini (disertakan emoji tanda bagus)”, tulis Erra di ruangan komen sekaligus membuatkan peminat teruja malah ada yang kembali ‘throwback’ zaman percintaan dua figura ini sekitar tahun 90-an dulu.
Ada juga peminat yang berseloroh dan berjenaka apabila meninggalkan pertanyaan mengenai perasaan Wati (watak Erra dalam filem Sembilu) selepas melihat perubahan Awie berambut peminat.
Malah ada juga yang berani ‘menjodohkan’ Awie dengan Erra memandangkan masih terdapat 3 kuota kosong untuk bergelar isteri.
Namun begitu, keakraban kedua selebriti ini memang tidak dinafikan lagi dan mereka berdua juga mengakui hubungan yang terjalin hanyalah tidak lebih daripada seorang sahabat baik.
Terdahulu, Awie menerusi sebuah laporan media memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk memotong rambut berikutan perasaan kecewa dengan situasi pandemik yang melanda negara pada ketika ini.
Dia juga memaklumkan bahawa baru sahaja pulih daripada sakit setelah sekian lama terlantar di rumah dan menyebabkan rambutnya mula gugur dengan banyak.
Sekadar info, Erra pernah menjalin hubungan cinta dengan Awie setelah bergandingan bersama dalam filem Sembilu. Keduanya turut melansungkan pertunangan pada 1996 namun putus dua tahun kemudian.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.