June 10th, 2015

Penyanyi Erra Fazira menjelaskan keputusan beliau untuk berhijrah dan mengenakan tudung lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak ataupun dorongan daripada Shahir AF8 seperti yang dikatakan baru-baru ini.

Let’s clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijarahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa.

Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa.

Sebelum ini, sebuah laporan akhbar mengatakan Erra mendapat semangat untuk berubah daripada sokongan Shahir. Khabar angin tersebut mula meliar apabila  Shahir telah membuka kelas fardhu ain di kampung halamanya di Perak dan Erra juga dalam satu kenyataan pernah menyatakan individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang mampu membimbingnya di dunia dan akhirat.

Erra pada masa yang sama juga merasa syukur kerana keluarga dan rakan-rakan karib beliau memberikan respon yang baik apabila beliau membuat keputusan untuk berhijrah dan sudah mulakan langkah secara perlahan-lahan sebelum berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...