Written by serenity | January 10th, 2018

Nama Erra Fazira cukup dikenali di kalangan peminat seni Malaysia dan pernah bergelar primadona filem Melayu. Pada usia 44 tahun, Erra mengumumkan telah menukar pengurusan untuk memperkembangkan kerjayanya dalam satu sidang media sebentar tadi.

Erra berkata dia kini berada di bawah pengurusan Mind Order Management. Dalam sidang media itu dia ditanya mengenai desas-desus bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan sekitar Februari dan Mac. Berita Harian melaporkan, Erra menafikan khabar angin itu:

Saya tidak pernah rancang apa-apa tarikh perkahwinan. Sebaliknya, macam-macam tarikh yang saya dengar.

Jodoh bukan di tangan saya dan saya sayang rakan media. Bila sampai masa, pasti saya akan kongsikan.

Mengenai perhubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi, 28, Erra memberitahu dia masih berhubung dengan pemuda itu dan ada menasihatkan Shahir untuk mejadi insan yang lebih baik:

Saya beritahu dia supaya memulakan 2018 ini untuk menjadi lebih baik.

Saya bagaimanapun tidak boleh mengulas hal atau masalah lain membabitkan dirinya. Masalah dia bukan masalah saya.

Sepanjang kerjayanya selama 20 tahun ini kali pertama dia bernaung di bawah syarikat pengurusan yang berkuatkuasa bulan ini:

Saya percaya mereka akan membantu mengembangkan lagi kerjaya saya sebagai artis, malah kami sudah pun ada beberapa perancangan bersama ke arah itu

Berikutan kontroversi yang melanda Shahir tahun lepas ketika menyertai pertandingan AF Megastar di mana dia dikaitkan dengan seorang pramugari yang berstatus ibu tunggal,  ada peminat yang meminta Erra mempertimbangkan perhubungan dengan Shahir. Shahir juga terpalit dengan dua kes hutang dengan dua individu membabitkan jumlah puluhan ribu ringgit.

Namun begitu, hubungan mereka nampaknya kekal erat.

Apa nak kata, bak lagu Selena Gomez, “The Heart Wants What It Wants”, kan? Doakan yang terbaik buat mereka berdua. – beautifulnara.com

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Februari-Mac Ini

  1. Maserati Merajuk says:

    i suka kat Erra ni.. relax je handle situasi2 mcm ni…

    6

    0
  2. Anonymous says:

    Nk kawin ni kna cek your husband to be’ punya package. Hubby kna buat medical check up as well as his financial status / problems. Kawin nk bahagia bukan pening dg husband’ problems bawa package penyakit atau beban hutang. Good uck!

    8

    0
  3. sakit mata says:

    Nak kawin tu cari la yang elok skit..ko bukan baru 1st time nak kawin..patutnya dah matang dalam hal ni..kang sekali lagi “Menjan…” haru biru jadinya

    2

    1
  4. benci orang hipokrit says:

    Umur macam ni kan Erra, patut you fikir pasal Aleesya. Boleh kalau you nak kahwin lagi, tapi make sure cari calon yang far better then Yusry & Engku Emran. Kenapa? Supaya pisang tak berbuah kali ketiga sebab ni kali ketiga you nak kahwin.
    Kahwin ni, bukan untuk keseronokan dan kegembiraan jangka masa pendek, tapi sebenarnya komitmen sehingga ke akhir hayat. Kalau la budak Shahir tu yang dijadikan calon, you better think deeply Erra. Sorry, tak sesuai dengan you. Bukan sebab dia muda tapi sebab perangai HAPRAK!

    8

    0
  5. Anonymous says:

    Sebenarnya erra dah x nak dgn budak x da keja tu cuma dia malas nak ckp huhuhu…. Baguslah tu x payah khwin pun x pa klu menyusahkan kan3.

    3

    0
  6. anonymous says:

    erra pls dont kwin wit shahir hes not gud enuf for u..nanti era kena tngung utang shahir pulak ,no no plss

    1

    0
  7. Anonymous says:

    erra dah tak layan pon shahir tp still jaga aib shahir kt org.. dah laki tuh yg canang2 mcm diorg nk kawin… erra pon malas layan taknak penatkan diri jelas kt wartawan satu2…. hint paling jelas masalah dia bukan masalah saya… nmpk sgt erra tak kan kawin dgn lelaki shahir ni…

    3

    0
  8. Anonymous says:

    erra ni makin tua makin cantik kan? masa dia jd miss malaysia tu tak lah secantik sekrg ni…

    2

    0
  9. Anonymous says:

    erra, jgnlah buang masa dgn shahir ni….kita ni pompuan kalau nk kawin biarlah menyenangkan diri…kalau kawin tapi menanggung beban buat apa…lebih baik single…

    1

    0