June 14th, 2019

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida

Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.

Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.


29 responses to “Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan”

  1. Noname says:

    Psl business ni…

  2. Rin says:

    Dah tak pernah tengok umie post gambar laki die di ig..

  3. Anonymous says:

    bukan senang nak ngaku camni

  4. Anonymous says:

    Pasal product tudung “Primadona” tu ke? cantik la tudung dari Sofearose x erra Fazira…product ape pulak yg erra x ummie?

    • Anonymous says:

      sbb laki umie aida hadiah kan kete merc ke bmw camtu lah kt erra….
      haaa mengamok lah akak dukun… kawan baik sendiri menumpang kesenangan

  5. Sukati says:

    Seriously 3 times u make same mistakes..omg..hopely u xkan ulangi tuk kali ke4…kemaafan adalah lbih baik..

Loading...