June 14th, 2019

Selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin, akhirnya Erra Fazira membuka mulut mengenai kemelut hubungan persahabatannya dengan pelakon Datin Seri Umie Aida

Erra mengakui beliau telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali dan melukakan hati sahabat baiknya itu.

Sebagai manusia biasa dirinya tidak lari daripada melakukan kesilapan dan Erra memohon maaf kepada Umie atas apa yang sudah berlaku. Pada masa yang sama, Erra mengharapkan pengakuan dibuat dapat menghentikan perbalahan antara semua pihak termasuklah dalam kalangan peminat.

Terdahulu, perbalahan antara dua selebriti popular ini mula dihidu peminat apabila Umie memuat naik beberapa siri status berbaur kecewa dan terluka dikhianati sahabat baik sendiri beberapa kali, memusnahkan hubungan persahabatan mereka. Meskipun Umie tidak menyebut sebarang nama, namun, rata-rata netizen membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang diketahui mempunyai hubungan erat dengannya.


29 responses to “Erra Fazira Mohon Maaf Kepada Umie Aida, Mahu Hentikan Perbalahan”

  1. Anonymous says:

    Kan bagus berbaik baik. Peminat je yg melebih lebih. Free2 je dapat dosa kecam orang ni orang tu. Last2 mati xsempat mintak maaf. Kan sia2 hidup tu

  2. ROZITA ABDUL GHANI says:

    bermadu jela abis cerita..

  3. adrianna says:

    Rsanya suami Umie yg sibuk menggatal, itu yg patut Umie risaukan…

    • AK2.O says:

      Yeke..punca sebab suami umie nak kan erra..Tapi kalau nengok rupaya n gaye rambot laki umie tu..xsemengah..Erra carilah Dato lain…

  4. Entahlah says:

    Etta sesuai kahwin dengan VIP tetapi kenalah cari yang dah duda/ masih bujang, jangan hancurkan rumahtangga orang.

  5. faraj says:

    kalau Erra Caras pun , bukan ader apa2 pun..!!! sekarang ni byk sgt Dato2 dh misekin…….pikiaq sendiri lah……kikikiki

    • AK2.O says:

      Haaaa…lagi2 kalau Darjah tu dari Negeri Patin Tempoyak..Bersepah Dato..tapi xsemua masyuk…

Loading...