Erra Fazira Impikan Majlis Kahwin Sederhana, Bukan Lagi ‘Wedding of The Year’

Hiburan

Erra Fazira Impikan Majlis Kahwin Sederhana, Bukan Lagi ‘Wedding of The Year’

Jika ada yang menantikan majlis mewah penuh gilang-gemilang, penyanyi dan pelakon Erra Fazira menegaskan impiannya berbeza. Kata Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, jika berjodoh dengan usahawan Ezwan Zain, dia hanya mahu sebuah majlis ringkas namun meriah bersama keluarga dan rakan rapat.

“Saya sudah rasa majlis besar-besaran sebelum ini. Kali ini, kalau ada jodoh, saya lebih suka majlis sederhana, santai dan penuh keceriaan. Cukup sekadar meraikan dengan orang tersayang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Advertisement

erra fazira

Menurut ibu kepada Engku Aleesya, 16, yang lebih penting adalah kehidupan selepas akad nikah, bukan sekadar majlis. Ezwan pula dilihat sedikit tertekan kerana khuatir majlis sederhana dianggap tidak “memberi yang terbaik” buat Erra. Namun jelas Erra, kebahagiaan tidak perlu diukur dengan kemewahan.

Menepis dakwaan kononnya hubungan mereka sekadar gimik, Erra menegaskan mereka sudah matang dan serius dalam soal perkahwinan. Katanya, jodoh adalah urusan Allah, namun jika hubungan direstui keluarga dan dipermudahkan, itu tanda positif.

Ujarnya lagi,

Saya hanya berdoa agar Allah permudahkan, dan beri pasangan yang benar-benar melengkapi saya.

erra fazira
2025-09-25 14:34:07

"Pilih Lah Untuk Lihat Perkara Baik" – Aleesya Cemerlang Dalam Akademik, Erra Fazira Nafi Riak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...