Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di wajah yang tulus dan mulus. Walaupun ramai lagi artis muda yang boleh dikatakan menarik, namun Estee Lauder Malaysia telah pun memilih artis senior, Erra Fazira sebagai duta terbaru mereka. Bagi Abang Nara, ini satu pilihan yang sangat tepat.
Menurut Erra, dia sudah lama menggunakan Estee Lauder. Kata Erra:-
“Saya berasa bangga apabila dipilih sebagai duta jenama Estee Lauder Malaysia. Estee Lauder adalah jenama kosmetik terkemuka yang menawarkan pelbagai produk unggul untuk wanita pelbagai kaum dan gaya. Produk Estee Lauder amat sesuai untuk kulit saya. Saya yakin terhadapnya dan saya gunakannya setiap hari. Ini merupakan peluang terbaik buat saya untuk memberitahu setiap wanita mengenainya.
Apa pun tahniah kepada Erra Fazira atas perlantikan ini. Apa pun Abang Nara rasa ramai peminat di luar yang tak sabar untuk melihat Erra mengandung lagi. Abang Nara doakan agar tahun 2012 dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sekali lagi. Amin. Kredit berita Portal Murai.