Written by Bella | July 14th, 2019

Status hubungan rapat antara primadona Erra Fazira dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi akhirnya terjawab apabila Erra mengumumkan mereka telah pun berpisah sejak Januari lalu.

Erra tidak berasa kecewa dan redha dengan apa yang berlaku. Sehingga hari ini kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan biasa.

Tidak dinafikan, Erra dan Shahir sebelum ini mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tiada jodoh antara mereka. Erra bagaimanapun tidak berkongsi secara lanjut mengenai punca hubungan mereka berakhir.

Kami dah ‘move on’ dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik dan kami masih berkawa tapi tiada lagi hubungan istimewa. Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan.

Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila? Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh tiada.

Hati mana yang tidak terluka jika sudah diberi harapan untuk membina mahligai bahagia tetapi ia hanya sekadar janji manis sahaja. Apa-apa pun, kami harap Erra terus tabah dan inshaAllah satu hari nanti pasti akan ada bahagia lain buatnya.

Sumber Berita : mStar Online

12 responses to Erra Fazira Dan Shahir Sudah Putus Cinta

  1. Alhamdulillah… Bagus sangat… Sebab Erra dgn Syahir memang tak sesuai sangat… Drpd ko Bela biawak hidup yg menyusahkan orang dan menyakitkan hati orang ni mcm Arif Aziz duda Dato’A. Aida tu, baik hg single saja… Lagi syok jadi single… Tak sakit hati dan bebas saja nak buat apa pon…

  2. Anonymous says:

    Tak terkejut pun.. Kalau shahir nakkan erra dari dulu lagi kawin sebelum erra menopos. Sebab tak nak la dia lengah2

  3. kopalui says:

    ALHAMDULILLAH, im so happy

  4. laila says:

    bagus la erra…dia bkn ada job nak sara klo dh kawin..silap2 ko yg kena byr hutang keliling pinggang dia..pompuan sana cni cari tuntut hutang…keputusan yg baik…dgn usia dh cmtu bek pikir besarkan anak lg bgus dr nak jg biawak komodo

Leave a Reply to Syahir goblok Cancel reply