Erra Fazira Dan Shahir Bakal Berkahwin 9 Februari Depan?

Hiburan

Erra Fazira Dan Shahir Bakal Berkahwin 9 Februari Depan?

Sebelum ini, penyanyi Shahir mengakui beliau bakal masuk meminang Erra Fazira pada awal tahun ini. Terbaru, ada ura-ura mengatakan pasangan ini bakal bertunang dalam masa terdekat dan melangsungkan perkahwinan pada 9 Februari depan.  Apa pula komen Erra?

Advertisement

Orang (luar) boleh bercakap dan beri apa saja tarikh untuk tunang atau kahwin tapi semua itu bukan daripada (mulut) saya sendiri. Semua tarikh yang diperkatakan adalah spekulasi yang bukan datang daripada saya atau pengurusan saya. Selagi bukan daripada mulut saya maka anggaplah ia sekadar angin yang berlalu.

Erra berkata, beliau dan Shahir masih lagi berkawan seperti biasa. Jika benar mereka bakal berkahwin, Erra pasti tidak akan merahsiakan berita gembira itu daripada peminat dan rakan media yang selama ini banyak menyokong beliau.

Sejak tahun lalu lagi berita mengenai pertunangan dan perkahwinan pasangan ini hangat dikatakan. Namun, soal jodoh memang sukar untuk diramalkan. Doakan yang terbaik sahaja buat Erra dan Shahir.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...