Erra Fazira Dan Mr. E Mengaku Ada ‘Survey’ Dewan Perkahwinan – “Ramai Nak ‘Sponsor’, Kami Terharu”

Hiburan

Erra Fazira Dan Mr. E Mengaku Ada ‘Survey’ Dewan Perkahwinan – “Ramai Nak ‘Sponsor’, Kami Terharu”

Desas-desus mengenai perkahwinan pelakon terkenal Erra Fazira kembali hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan majlis pernikahan beliau semakin hampir. Namun begitu, Erra tampil memberikan penjelasan bahawa walaupun beliau sudah mula meninjau beberapa dewan acara, belum ada sebarang tempahan dibuat setakat ini.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menjelaskan bahawa kunjungan ke lokasi tersebut dilakukan atas ajakan rakan-rakan yang mahu menunjukkan tempat menarik kepadanya.

Advertisement

Tidak dapat dinafikan ada desas-desus (kahwin), jadi kita sajalah tinjau tempat (dan) kawan-kawan pun bagi cadangan lokasi menarik. Mereka pun tahu kita dalam fasa berkawan yang membuatkan orang syorkan tempat (kenduri).

Kami okey, ‘take note’ tapi macam saya katakan langkah seterusnya masih lagi memerlukan doa semua. Kami tak ‘locked’ pun dewan.

Nak kata dekat tarikh (nikah) belum lagi, saya susah nak cakap. Benda ini (kahwin) serius. Kalau ye, famili tahu dah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Spekulasi turut mengaitkan usahawan Ezwan Zain, 44, atau lebih dikenali sebagai Mr. E sebagai bakal suami Erra. Bagaimanapun, pelakon filem Maria Mariana itu masih belum memberikan pengesahan lanjut, selain mengakui menerima banyak tawaran tajaan.

Apabila timbul khabar bakal berkahwin, banyak pihak ‘approach’ nak masuk (taja), tanya macam-macam.

Kita terbuka, kalau nak kita dengar sahaja isi kertas cadangan tapi selebihnya adalah doa ramai.

Apa pun saya syukur dan berterima kasih kepada yang berminat nak taja. Mungkin mereka dengar kami berkawan dah ke arah itu (kahwin), waullahualam.

Terdahulu, sumber mendakwa pasangan tersebut telah memilih Oktober 2025 sebagai tarikh hari bahagia, malah dikatakan sudah meninjau dan mengenal pasti lokasi majlis pernikahan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nancy shukri tahu rahsia bass
2025-08-07 13:14:50

Nancy Shukri Dakwa Tahu Rahsia ‘BASS’ Ketika Sambutan Hari Lahir – Syed Saddiq Tiba-Tiba Sebut 'Oktober'?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...