Baru-baru ini muncul spekulasi yang mengaitkan primadona Erra Fazira yang didakwa bakal mengumumkan satu berita gembira pada 7 Februari nanti.
Ditemui media, Erra Fazira berkata perkara itu hanyalah spekulasi nakal dan tiada kejutan istimewa akan diumumkan pada sambutan ulang tahunnya yang ke-51 itu nanti.
Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku.
Erra dalam pada itu tidak memberi sebarang pengesahan mengenai dakwaan bahawa dia sudah bertemu keluarga jejaka yang dikatakan intim dengannya pada ketika ini.
Kongsi pelakon jelita itu, dia mengenali Ezwan ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.
Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.
Daripada situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.
Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat.
Ujar Erra, tindakannya mengucapkan selamat hari lahir buat Ezwan dianggap sebagai perkara biasa namun memahami perspektif orang ramai yang merasakan jejaka itu seperti ‘potential partner’ buat dirinya.
“Saya tak rasa ia keterlaluan sehingga boleh menjadi bahan bualan. Dengan tumpuan diberikan, saya percaya Ezwan sedikit terkejut, tetapi dia adalah insan yang tidak asing dalam industri hiburan, jadi dapat menanganinya dengan baik.” katanya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.