Erra Fazira Akui Lebih Terbuka, Tiada Lagi Rahsia Dalam Hubungan Bersama Mr. E – “Saya Lebih Yakin..”

Hiburan

Erra Fazira Akui Lebih Terbuka, Tiada Lagi Rahsia Dalam Hubungan Bersama Mr. E – “Saya Lebih Yakin..”

Pelakon popular, Erra Fazira tampil memberi respons mengenai keterbukaannya berkongsi hubungan dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E.

Pada usia sekarang, tiada istilah nak sorok atau main tarik tali.

 

Memetik laporan Kosmo! Online, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengakui dia selesa berkongsi mengenai Mr. E kerana merasakan tiada apa yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan umum pada ketika ini.

erra fazira

Kalau cakap saya makin terbuka, ya. Saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia.

 

Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu menikmati sahaja kehidupan ketika ini.

Terima kasih atas doa

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti mendoakan perkara yang baik buat dirinya ketika ini.

 

Kata Erra, doa tersebut diharap berterusan dan tidak hanya setakat mahu melihat dia berumah tangga semula.

Allahuakbar, itu yang saya harapkan iaitu doa-doa yang baik daripada orang ramai. Saya pun bukan nak terbuka sangat sebab saya juga sayangkan privasi sendiri.

 

Namun, ada ketika saya nak melalui kehidupan normal. Jadi kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa. Doa itu bukan saya harap ke jenjang pelamin sahaja, yang penting kehidupan selepas itu.

Raya terakhir solo?

erra fazira

Apabila ditanya adakah ini merupakan Syawal terakhirnya dengan status solo, pelakon itu tidak mengulas lanjut sebaliknya berharap doa tersebut dimakbulkan Tuhan.

 

Kita aminkan doa itu (raya terakhir solo).

Bantu uar-uarkan bufet Ramadan

Pelakon itu turut menjelaskan siaran langsungnya bersama Ezwan baru-baru ini hanya untuk membantu menguar-uarkan bufet Ramadan restoran milik usahawan itu.

Tujuan buat siaran langsung itu nak beri sokongan dan membantu kawan-kawan dengan berkongsi tentang bufet Ramadan.

 

Pada masa yang sama, saya ajak dia sertai sekali siaran langsung itu sebab yakin dia boleh dan perkara sebegitu bukan baru untuknya.

 

Kalau saya rasa dia tak sesuai untuk diketengahkan mungkin saya pun tak berani nak ajak buat ‘live. Tapi saya rasa bagus untuk dirinya juga sebab boleh menghebahkan mengenai bisnes.

Advertisement

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Erra didakwa sedang dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan untuk seseorang.

erra fazira dan mr e healing bersama
1 month ago

“Andai Bumi Terbelah, Aku Tetap Cinta Padamu...” - Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira ‘Healing’ Bersama Mr. E Di Tepi Sungai Sambil Bakar Bbq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...