Erra Fazira Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Shahir

Hiburan

Erra Fazira Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Shahir

Selepas lama bermain teka-teki meskipun dihimpit dengan pelbagai gosip percintaan, Erra Fazira akhirnya mengaku beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Shahir.

Jelas Erra, saat Shahir mendedahkan hubungan mereka baru-baru ini kepada umum, beliau merasa lega kerana tidak perlu berselindung lagi.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Erra menafikan dakwaan kononnya mereka bakal bertunang dan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri nanti.

Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia.

Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.

Erra pada masa yang sama turut memberitahu hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga Shahir, tetapi belum ada sebarang perbincangan yang diadakan oleh kedua-dua belah pihak.

Sekiranya mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin, Erra berharap ia adalah perkahwinan terakhir beliau.

Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya.

Sebab itu kami kata dahulu, mereka berdua ini memang mempunyai hubungan istimewa, kan senang bila dah berterus-terang begini. Harapnya mereka ada jodoh bersama,InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...