Erra Bertudung Bukan Sebab Pengaruh Saya – Shahir

Hiburan

Erra Bertudung Bukan Sebab Pengaruh Saya – Shahir

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Shahir, bekas juara Akademi Fantasia. Perkembangan terkini Shahir tidak lain tidak bukan ialah gosip percintaannya dengan Erra Fazira. Masing-masing mengaku mempunyai hubungan yang rapat, tetapi menafikan sedang bercinta. Terbaru, apabila Erra Fazira mengambil keputusan untuk bertudung, ada desas-desus menyatakan yang Shahir adalah sebab utama untuk primadona itu berhijrah.

shahir erra

Advertisement

Setelah sekian lama berdiam diri, Shahir telah tampil membuat penafian tentang desas-desus tersebut. Kata Shahir:-

Eh, tak adalah. Dia bertudung bukan sebab pengaruh saya. Dia sudah lama pasang niat. Itu keputusan mutlaknya dan saya gembira dengan apa yang dilakukannya itu. Alhamdulillah, perubahan itu bagus untuknya.

shahir erra

Baguslah kalau Erra Fazira bertudung kerana diri sendiri. Perubahan kenalah datang dari hati yang ikhlas. Bukan kerana orang lain. Apa-apa pun, Shahir tidak lama lagi akan membuat ‘comeback’. Pasti ramai yang merindui kelibat penyanyi ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar.

kaboom2

P.S: Hantar email sekarang ke [email protected] untuk mengetahui pakej pengiklanan Ramadhan kami. Tempat amat terhad. Sila cepat!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...