Menjelang 15 Ramadan, Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata biarpun jadual ketika bulan puasa ini agak padat namun dia berasa teruja untuk menyambutnya bersama suami tercinta iaitu penyanyi, Syamel.
Ernie Zakri turut berkata dia nampak perubahan yang ketara Ramadan kali ini dengan tahun-tahun yang lepas kerana kali ini dia menyambut bulan mulia ini bersama suami yang sebelum ini dia menyambut bersama kedua ibu-bapanya.
Ketika ditemubual bersama mStar, Ernie berkata,
Untuk Ramadan kali ini, perubahan yang ketara itu dari segi suasana lah. Saya dapat berbuka puasa dan bersahur bersama suami. Kadang-kala kami berbuka di rumah keluarga saya atau mentua.
Penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga turut mengucapkan rasa syukur kerana dapat menunaikan solat tarawih bersama suami serta ahli keluarga walaupun bukan selalu.
Kedua-dua penyanyi popular, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 25 Mac yang lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.