Ernie Zakri, Syamel, Hael Husaini & Amira Othman Negatif COVID-19 – Pihak Pengurusan RocketFuel Entertainment

Hiburan

Ernie Zakri, Syamel, Hael Husaini & Amira Othman Negatif COVID-19 – Pihak Pengurusan RocketFuel Entertainment

Susulan terdapatnya kes positif COVID-19 pada malam separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) yang lalu, syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment memaklumkan artis dan tenga kerja di bawah naungannya telah disahkan negatif COVID-19.

Perkara tersebut telah dimaklumkan menerusi sebuah entri Instagram syarikat pengurusan bakat terbabit.

Advertisement

Difahamkan antara artis yang telah menjalani ujian dan disahkan negatif adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel, dan Amira Othman. Kesemua artis berkenaan telah terlibat secara langsung dalam SAMM35 tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

View this post on Instagram

A post shared by @syamel_official

“Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantinm pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak ini,”

Mengimbas kembali, pada Ahad lalu penyanyi Alif Satar telah mengumumkan dirinya positif wabak COVID-19. Berikutan dia telah melakukan persembahan untuk SAMM35 pada hari Jumaat lalu, kru terlibat dan rakan artis telah dinasihatkan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...