Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Hiburan

Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Seolah berani mendedahkan bahawa dirinya yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel, penyanyi Ernie Zakri dilihat tidak segan mendedahkan kisah tersebut kepada umum.

Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Advertisement

Akui Syamel juga turut menyimpan perasaan yang sama terhadapnya, Ernie memaklumkan sebagai perempuan dirinya perlu berani andai punyai hati terhadap lelaki tersebut kerana yakin cintanya itu tidak hanya bertepuk sebelah tangan.

“Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya. Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya.

Dalam pada itu, menerusi temu bual yang dihoskan oleh Nabil dan Kak Lina Pom Pom dalam rancangan MeleTOP itu, Ernie mengakui beliau merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.

Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Bagaimanapun, pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya terhadap kekasihnya.

Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Kredit – sweetpictures

Sekadar informasi, Syamel dan Ernie telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis ringkas di kediaman Ernie pada 15 Ogos lalu. Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima.

Sumber: MeleTOP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...