Manis bertudung, penyanyi Ernie Zakri menerusi akaun Instagramnya mengumumkan dia kini sudah berhijab sepenuhnya.
Sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan sedar banyak melakukan kesilapan, Ernie berkata kini sudah tiba masanya dia berubah menjadi insan yang lebih baik secara perlahan-lahan.
Menurut Ernie, disebalik Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya duduk dirumah, dia dapat muhasabah diri dan kuatkan semangat untuk berhijab.
Saya berharap semua orang boleh mendoakan saya untuk istiqamah. Sebenarnya perasaan nak bertudung sebelum tunaikan umrah tapi kadang-kadang biasalah manusia ada memikirkan soal komitmen kerja.
Tetapi ada hikmah juga saya rehat daripada kerja, duduk rumah dan banyak saya fikir. Jadi inilah masa paling tepat untuk saya buat keputusan berhijrah. Saya kena fikirkan diri saya juga. Kita manusia biasa, banyak buat kesilapan dan tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit mana yang mampu.
Advertisement
Penampilan berhijab Ernie disambut dengan pujian. Malah, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah atas keputusannya menutup aurat.
Alhamdullillah, terbuka lagi pintu hati seseorang artis wanita Malaysia untuk bertudung, lebih manis bukan Sherry Ibrahim bila berhijab? Harapnya perubahan ini akan kekal dan terus mendoakan Ernie agar kekal istiqamah.

Cuna
March 25, 2020 at 9:08 pm
Tahniah ernie….semoga Allah beri kekuatan utk istiqomah. InsyaAllah dipermudahkan, yakinlah!
Anon
March 25, 2020 at 8:38 pm
Last paragraph tu keluar nama sherry ibrahim? Copy paste letew.
minah jambu say NO to drug
March 25, 2020 at 5:28 pm
betol tu kot kecik..doa la untok diri sendiri supaya kuat semangat tu nak bertudung…kalau dh bertudung jangan nyanyi pekek pekek lagi eh..
kot kecik
March 25, 2020 at 2:10 pm
pasai apa nak suruh orang berdoa, kau yang buat decision nak pakai tudung, so kau pandai2 le kuat kan semangat. Ni antara kau dan tuhan buka kau dan netizen