Ernie Zakri Dan Wany Hasrita Bengang Dipergunakan Stesen Radio Untuk Promosi Lagu Haqiem Rusli?

Hiburan

Ernie Zakri Dan Wany Hasrita Bengang Dipergunakan Stesen Radio Untuk Promosi Lagu Haqiem Rusli?

Semalam, Ernie Zakri dan beberapa penyanyi lain iaitu Wany Hasrita, Ara Johari dan Haqiem Rusli telah dijemput sebagai tetamu untuk menjayakan program FB Live sebuah stesen radio popular.

Advertisement

Malangnya, pengacara program menjadikan kisah depresi Haqiem sebelum ini serta single terbarunya sebagai tajuk perbualan utama dan membiarkan artis-artis lain seperti boneka sahaja.

Tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi, Ernie menerusi akaun Instagramnya meluahkan betapa beliau terasa dirinya dipergunakan dan hanya membuang masanya hadir ke program berkenaan.

Luahan Ernie itu turut medapat sokongan daripada Ara dan juga Wany yang turut terasa hati apabila mereka dipermaikan sebegitu untuk gimik orang lain.

Pelbagai spekulasi yang tercetus termasuklah timbul dakwaan adakah Haqiem sengaja berpakat dengan penganjur program untuk meraih publisiti. Namun, Haqiem menafikan perkara itu.

Isu ini sudah menjadi bualan hangat netizen yang berpendapat Ernie, Wany dan Ara sememangnya sudah dipergunakan. Apa yang dilakukan oleh stesen radio popular berkenaan sangat tidak profesional.

Harapnya pihak yang terlibat menganjurkan program bersama artis-artis ini dapat tampil memberikan penjelasan ataupun bertemu dengan mereka untuk menjernihkan keadaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. lela

    July 4, 2018 at 2:59 pm

    sebenarnya cam ni cter dia..haqiem terpaksa suruh hotfm jemput sekali Erni..wany & Ara sbb diaorg lagi famous dan ramai peminat..kalau hotfm jemput haqiem sorang je ranking penonton hotfm live merundum dan jatuh mendadak pada hari tersebut..jadi kena la TUMPANG GLAMER artis lain..kahkahkahkah

  2. Bosan dengan HotFM

    July 4, 2018 at 2:12 pm

    HotFM pun suka cheap marketing.. take advantage tapi dengan cara yang tak kena.. dalam banyak2 slot.. GPH tu tak payah cakap laa… nampak low sangat cara penyampaian… bosan…slot ptg yg 3 org tu ok sket laaa

  3. Exhotfm

    July 4, 2018 at 1:33 pm

    lama dah tak dengar hotfm, penyampai kian merapu, tak seperti zaman fbi,ag dan fafau. Lagi2 penyampai baru sesi pagi tu, lagi tak boleh terima. Syok sendiri.Sekarang layan koolfm. Harap tak merapu macam hotfm. Sesi pagi dan petang hotfm kene tukar penyampai.Macam hebat sangat lawak…tak terhibur langsung.

  4. pemerhati dari kejauhan

    July 4, 2018 at 1:22 pm

    kalau betul dak haqiem ne depression la tadenya dia letak tarikh sekian2 nk gtaw smada dia akn teruska kerjaya dia as penyanyi atau pun tdak.. when u depressed im telling u.. u will hv no time to plan anything because u r too depressed.. even u dont feel to see anyone.. i know.. i was there.. ne siap g temubual bagai.. pui! sekian.. lucky for me.. im not into any of his song.. tp abis la ko dik lepas ne.. buat la pc terangkn betul2 dn mntk maaf kt akak2 bertiga tu.. moga org percaya dn kmbali sokong ko dik..

  5. Anonymous

    July 4, 2018 at 1:01 pm

    so skrg ni sarang chak and Hot FM yg depression la. SO UNPROFESSIONAL! Sarang Chak tu pepagi soh teka gossip betul atau salah pun BORING GILER!

Loading...