July 4th, 2018

Semalam, Ernie Zakri dan beberapa penyanyi lain iaitu Wany Hasrita, Ara Johari dan Haqiem Rusli telah dijemput sebagai tetamu untuk menjayakan program FB Live sebuah stesen radio popular.

Malangnya, pengacara program menjadikan kisah depresi Haqiem sebelum ini serta single terbarunya sebagai tajuk perbualan utama dan membiarkan artis-artis lain seperti boneka sahaja.

Tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi, Ernie menerusi akaun Instagramnya meluahkan betapa beliau terasa dirinya dipergunakan dan hanya membuang masanya hadir ke program berkenaan.

Luahan Ernie itu turut medapat sokongan daripada Ara dan juga Wany yang turut terasa hati apabila mereka dipermaikan sebegitu untuk gimik orang lain.

Pelbagai spekulasi yang tercetus termasuklah timbul dakwaan adakah Haqiem sengaja berpakat dengan penganjur program untuk meraih publisiti. Namun, Haqiem menafikan perkara itu.

Isu ini sudah menjadi bualan hangat netizen yang berpendapat Ernie, Wany dan Ara sememangnya sudah dipergunakan. Apa yang dilakukan oleh stesen radio popular berkenaan sangat tidak profesional.

Harapnya pihak yang terlibat menganjurkan program bersama artis-artis ini dapat tampil memberikan penjelasan ataupun bertemu dengan mereka untuk menjernihkan keadaan.


19 responses to “Ernie Zakri Dan Wany Hasrita Bengang Dipergunakan Stesen Radio Untuk Promosi Lagu Haqiem Rusli?”

  1. Hidayah20 says:

    Aq harap masalah haqiem dan artis terlibat akan selesai dengan cara baik.ok….

  2. anon says:

    alahhhh ernie ko tu pun naik sebab lagu2 syamil
    kalau harap lagu sendiri mmg tak kemana ..macam syok sendiri je
    wany pun live pun kelauts
    ko hentam dak haqiem sbb dia je salah sorang retis yg tak bersentuhan dgn perempuan ..beralas ..dan tak tergedik2 dgn korang ..
    sekurang2 nya support lah kalau dia mmh salah ..perbetulkan …bukan kau hentam dia berjemaah ..

Loading...