July 17th, 2020

Jika sebelum ini rakan duet Ernie Zakri dan Syamel telah menafikan dakwaan bahawa mereka sedang hangat bercinta, nampaknya kejutan lain yang diumumkan pasangan ini hari ini.

Ini berikutan Ernie Zakri telah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan. Ketika ditanyakan mengenai siapa bakal suaminya, Ernie tidak mendedahkan siapa sebenarnya jejaka tersebut namun tidak menafikan bahawa lelaki tersebut adalah Syamel.

Malah, Ernie juga turut mengakui Syamel mempunyai segala ciri-ciri suami idamannya.

View this post on Instagram

One with Bang Mel. #MegaRayaRia ?

A post shared by @ erniezakri on

“Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua tahu dan dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan. Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati bapa saya.”

Dia turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan supaya urusannya dipermudahkan. Menurutnya, tahun ini dia ingin fokus kepada karier dan keluarga terlebih dahulu.

View this post on Instagram

?

A post shared by @ erniezakri on

“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya dah 29 tahun. Dalam keluarga hanya saya yang belum berkahwin. Jadi ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya untuk mencari rezeki,” – Ernie Zakrie

Sumber : MyMetro


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...