Pengarah Bade Hj Azmi telah di arahkan untuk melantik jawatankuasa pendamai oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.
Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas Bade tidak mahu menceraikan isterinya tetapi Erma selaku plaintif tetap nekad dan mahu bercerai.
Sebenarnya, jawatankuasa pendamai itu akan membantu kedua-dua pihak berbincang dan membuat keputusan dengan persetujuan mereka selain menyiasat sekiranya wujud shiqa’ ( perbalahan berpanjangan) di dalam rumah tangga mereka.
Terdahulu, Erma telah memfailkan cerai pada awal Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.
Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.
Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.
Kami yakin Bade masih lagi menyayangi Erma Fatima dan anak-anak mereka dan sebolehnya mahu mempertahakan rumah tangga mereka. Lagipun hubungan mereka agak baik bersama. Doakan yang terbaik buat mereka, siapa tahu dengan ketentuan Allah SWT Erma akan berlembut hati.