Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Erma Fatima Minta Netizen Berhenti Hina Dan Perlekehkan Najib Razak

Berita penahanan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh SPRM berkaitan isu pecah amanah melibatkan SRC International Sdn Bhd. sekitar jam 3 petang semalam amat menggemparkan dan mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Pengarah dan penerbit Erma Fatima antara selebriti yang menyuarakan pendapat beliau berhubung berita tersebut.

Advertisement

Erma akui dirinya merasa sebak saat mendengar berita penangkapan Najib Razak kerana setelah sekian lama jiwanya itu tidak tenang melihat bangsa sendiri berbalah antara satu sama lain kerana berbeza fahaman serta pandangan tentang isu politik. Beliau berharap penangkapan itu juga dapat mengurangkan dosa orang ramai yang selama ini menabur fitnah dan mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap bekas perdana menteri itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon semua pihak untuk berhenti menghina dan memperlekehkan Najib Razak kerana ia bukanlah budaya kita.

Advertisement

Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Erma itu, tiada guna kita meghina dan berbalah antara satu sama lain. Biarlah undang-undang Malaysia menunjukkan serta menentukan kebenarannya nanti yang akan membuka mata semua.

Kredit Foto : AFP/Mohd Rasfan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Anonymous

    July 8, 2018 at 11:03 am

    Netizen minta Erma berhenti cakap kedah mcm orang gua batu,Boleh tak?

  2. mr bijan 3

    July 5, 2018 at 8:38 am

    kakkkk anda mmg handal buat filem…tp plsss jgn jadi bongok…akak tgk bilo Bijan ni bile berucap……dia anjing2 kan org pembangkang…pada zaman dia…..dia mmg layak di hina kakk oiiiiiii

  3. jijah

    July 4, 2018 at 5:24 pm

    Masa DSAI maghin ada sedih sebak lagu ni ka… ohh,sowi.. ms tu netizen lom wujud.. tu psl xsedih sebak…huhuu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top