Berita penahanan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh SPRM berkaitan isu pecah amanah melibatkan SRC International Sdn Bhd. sekitar jam 3 petang semalam amat menggemparkan dan mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia. Pengarah dan penerbit Erma Fatima antara selebriti yang menyuarakan pendapat beliau berhubung berita tersebut.
Erma akui dirinya merasa sebak saat mendengar berita penangkapan Najib Razak kerana setelah sekian lama jiwanya itu tidak tenang melihat bangsa sendiri berbalah antara satu sama lain kerana berbeza fahaman serta pandangan tentang isu politik. Beliau berharap penangkapan itu juga dapat mengurangkan dosa orang ramai yang selama ini menabur fitnah dan mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap bekas perdana menteri itu.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon semua pihak untuk berhenti menghina dan memperlekehkan Najib Razak kerana ia bukanlah budaya kita.
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Erma itu, tiada guna kita meghina dan berbalah antara satu sama lain. Biarlah undang-undang Malaysia menunjukkan serta menentukan kebenarannya nanti yang akan membuka mata semua.
Kredit Foto : AFP/Mohd Rasfan