Melalui platform Instagram pengarah hebat, Erma Fatima meluahkan rasa kecewa selepas teruk dikecam oleh warganet dek terbitan drama terbarunya yang bernama ‘Pondan Itu’.
Dapat dilihat melalui perkongsian video di platform tersebut, Erma dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seakan-akan mahu membawa diri susulan rasa terkilan.
Asyik kena kecam je, aku chaw dulu lah. Nanti dah keluar full drama, korang sambung kecam ok.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘memujuk’ pengarah tersebut dan menitipkan kata-kata semangat buat Erma untuk kekal kuat hadapi kritikan di platform media sosial.