Erma Fatima Letak Jawatan Dari Mengarah Teater Natrah

Hiburan

Erma Fatima Letak Jawatan Dari Mengarah Teater Natrah

erma fatima letak jawatan dalam natrah

Akhirnya berkuburlah hasrat peminat-peminat teater Natrah. Berdasarkan Harian Metro hari ini, Erma Fatima khabarnya telah meletakkan jawatan daripada menjadi pengarah untuk teater Natrah musim kedua.

Advertisement

Kemungkinan besar punca penarikan diri Erma Fatima ialah kerana tidak tahan dikritik hebat oleh pengkaji sejarah Natrah, Datin Fatini. Kata Erma:-

[note]Bayangkanlah jika usaha dan kejujuran saya dalam menterjemahkan naskhah Natrah ini tidak henti dikritik dan diperkatanya. Saya tidak mahu ada pihak sengaja menumpang publisiti atau mengambil peluang menyelitkan namanya dalam kerja saya seperti dilakukannya sekarang. Hanya ingin melariskan buku biografinya, pelbagai agenda mula dilakukan termasuk mengkritik karya sentuhan saya.[/note]

Dari apa yang kami baca, Datin Fatini tidak berpuas hati dengan satu scene di mana tanda salib ditunjukkan dengan besar dan jelas semasa pementasan Natrah yang pertama dulu. Kami tak tahu pulak macam mana scene tersebut sebab tak sempat pergi tengok teater Natrah dulu. Kata Erma lagi:-

[note]Sakit hati dengan dakwaan dan kenyataan daripadanya (Fatini). Mengapa dia tidak sudah-sudah mempersoalkan hasil kerja saya sejak pementasan siri yang pertama tahun lalu. Kononnya saya tidak sepatutnya meletak salib besar dalam pementasan sedangkan fungsi dan simboliknya benda itu langsung tidak pernah dia tahu.[/note]

Apa pendapat anda pasal perletakan jawatan Erma ini? Nak gak tau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...