Written by AbangNara | September 20th, 2012

Hari ini merupakan episod terakhir drama Kau Yang Terindah. Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.

drama kau yang terindah

Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.

drama kau yang terindah

Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

P.S: Anda pengguna android dan iPhone? Klik di sini untuk download apps Nuffnangx BeautifulNara untuk memudahkan anda mengikuti update terkini laman web ini.

211 responses to Erma Fatima Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah

  1. ikan bilis says:

    ada prbezaan hukum ke lao wat kt kl?

  2. dgr sini says:

    Skrg ni budaya filem2 malaysia ni konon nak tayang Islamik tu tapi ntah pape….mcm xde hormat pun ade…
    Islam tu Islam jer laa…mane boleh pakai islam liberal ker…islam hadhari ker….apedaaaa
    jgn smpai bg org sesat/rosak akidah sudahhhh

  3. Anonymous says:

    erma fatima ni selalu ade ideologi pelik2….Islam tu Islam je laa…mane boleh pakai islam liberal ke islam hadhari ker…apedaa…
    satu jer aku nak ckp,jgn bagi org sesat/rosak akidah sudah!!! berat nak menjwb nanti