Erma Fatima Failkan Permohonan Cerai

Hiburan

Erma Fatima Failkan Permohonan Cerai

Pengarah dan penerbit popular Erma Fatima telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Hj Azmi di Mahkamah Rendah Syariah selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, selaku plaintif memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Walaubagaimanapun, Bade gagal untuk menghadirkan diri pada sebutan pertama kes mereka dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan Erma untuk mengeluarkan notis amaran terhadap suaminya itu selepas tiada alasan kukuh yang diberikan oleh Bade ke atas ketidakhadiran beliau tadi.

Peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.

Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma yang hadir lengkap berjubah hitam dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung tetapi enggan memberikan kenyataan kepada pihak media dan segera meninggalkan perkarangan mahkamah. Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Ogos depan.

Erma Fatima dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1990. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sendiri sepanjang perkahwinan tetapi mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Pada awal tahun 2014, Bade sekali lagi telah mendirikan rumah tangga bersama  Aida Abdul berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia 6 bulan.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...