August 17th, 2017

Selepas 27 tahun, perkahwinan Erma Fatima dan Bade Azmi telah pun berakhir dengan penceraian. Bade telah pun melafazkan cerai talak satu kepada Erma Fatima hari ini di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 11.35 pagi.

erma fatima diceraikan

Bade dan Erma telah mendirikan rumahtangga pada pada 30 November 1991. Mereka mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan tersebut pasangan dikurniakan dua cahaya mata.

Advertisement

erma fatima

Sebelum ini pada tahun 2015, Erma Fatima pernah memfailkan permohonan cerai namun menarik balik permohonan tersebut selepas mengakui masih saling menyayangi. Semoga Erma tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Sumber Mstar Online.

Advertisement

Comments are closed.

Loading...