March 26th, 2015

Bila berbicara  tentang sikap Erma Fatima, ramai yang mengetahui penerbit tersebut lantang bersuara dan sering meluahkan pendapat melalui kiasan halus yang tersirat seribu satu makna.

Terbaru, Erma telah dikecam hebat kerana wujudnya salah faham bersama peminat apabila beliau memuat naik sebuah foto seekor singa memakai mahkota sambil duduk di atas kerusi beserta satu kenyataan atau lebih kepada luahan pendapat. Peminat menyatakan Erma sengaja mencetuskan provokasi melalui foto tersebut.

Sedar akan perkara tersebut, Erma telah tampil menjelaskan situasi dan sebenarnya tidak menujukan foto itu kepada mana-mana pihak.

Mempunyai pendirian yang tegas, beliau akan bertanggungjawab atas apa yang ditulis dan sema sekali tidak akan berganjak dan memadam gambar berkenaan.


Sebuah foto memberikan seribu satu tafsiran begitu juga dengan luahan pendapat seseorang. Ia bergantung kepada cara individu tersebut berfikir dan mentafsirkannya. Sama seperti jika kita membaca SMS seseorang. Kadang-kadang orang tu tidak marah tetapi kita baca dengan nada marah akhirnya timbul salah faham.

Sumber Foto & Berita: Instagram Erma Fatima

 


Comments are closed.

Loading...