Selebriti dan personaliti media sosial terkenal Indonesia, Erika Carlina, mengesahkan dirinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, hasil kehamilan luar nikah yang sebelum ini mencetuskan kontroversi hangat di media sosial.
Berita itu disahkan sendiri oleh Erika menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau berkongsi gambar jari bayi lelaki yang diberi nama Andrew Raxy Neil, yang dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan asal iaitu 8 Ogos.
“Selamat datang ke dunia, Andrew Raxy Neil,” tulis Erika dalam kapsyen ringkas penuh makna.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran DJ Bravy, kekasih Erika, yang setia menemani sepanjang proses bersalin. DJ Bravy dilaporkan turut melakukan sesi skin-to-skin contact dengan bayi tersebut sejurus selepas kelahiran — satu tindakan yang mencerminkan sokongan dan kasih sayangnya terhadap Erika dan anak mereka.
Hubungan mereka sebelum ini menjadi perbualan ramai selepas Erika mendedahkan bahawa dia hamil di luar nikah menerusi sebuah temu bual podcast bersama Deddy Corbuzier.
Sebelum ini, Erika pernah berkongsi bahawa beliau menyedari kehamilannya tanpa perkahwinan yang sah, namun tetap memilih untuk meneruskan kandungan tersebut meskipun pernah ditawarkan untuk menggugurkan bayi oleh pihak tertentu.
“Saya tahu ini bukan jalan yang mudah, tetapi saya mahu bertanggungjawab. Anak ini tidak berdosa,” katanya dalam satu temu bual terdahulu.
Tindakannya menerima kehamilan luar nikah dengan terbuka mencetuskan pelbagai reaksi ada yang mengecam, namun ramai juga yang memberikan sokongan dan pujian terhadap keberaniannya.
Dalam perkembangan berkaitan, DJ Panda, yang sebelum ini dikaitkan dengan Erika, akhirnya mengakui bahawa dialah bapa kepada Andrew. Dalam kenyataannya, beliau meminta maaf secara terbuka dan menyatakan komitmennya untuk turut sama bertanggungjawab dalam membesarkan anak tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.