Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Aidilfitri menjelma jua. Bila tiba sahaja hari Raya, pasti semua orang akan bergembira. Makan kuih raya, kumpul duit raya, berkumpul saudara mara dan macam-macam lagi aktiviti. Kalau masa Abang Nara kecik dulu, confirm malam raya pergi main meriam buluh. Hehehe.
Gambar di atas di ambil ketika raya tahun lepas. Cepat sungguh masa berlalu. Anak Abang Nara sekarang sudah besar dah. Seiring dengan kemajuan teknologi, satu lagi aktiviti raya sekarang adalah bergambar menggunakan smartphone dan berkongsi dengan rakan-rakan menerusi Instagram. Jauh di Kelantan pun dapat tahu awek di Melaka pakai baju apa. Canggih sungguh teknologi!!!
Alang-alang dah upload gambar di Instagram, apa kata korang sertai pertandingan Instagram Glamor Raya oleh Astro. Senang je nak join. Cuma perlu ambil gambar dengan orang tersayang dan kongsikan di Instagram dengan hashtag #EratkanJalinan dan tag @Churp2 @AstroGempak pada gambar tersebut. Lagi mesra gambar korang, lagi tinggilah peluang untuk berhari raya bersama selebriti-selebriti Astro seperti Hazama, Adira dan Aril. Jangan lupa kena ikut temanya iaitu “Keriangan Syawal“.
Kalau Abang Nara kongsikan gambar kat atas nie, confirm menang kan? Mesra gitu ~~ Memang kena dengan tagline Astro “Eratkan Jalinan†dan tema “Keriangan Syawal” sempena Ramadhan dan Syawal ini. Bagi Abang Nara, di kedua-dua bulan inilah peluang untuk kita eratkan hubungan yang telah terputus. Kuatkan balik persaudaraan dengan melawat sahabat handai dan saudara mara. Senang cerita, inilah peluang untuk kita semua eratkan kembali jalinan yang telah putus. Cara nak menyertainya ialah:-
1. Tangkap gambar yang bertema ‘Keriangan Syawal’ dan poskan gambar tersebut di akaun Instagram anda.
2. Sertakan ‘hashtag’ #EratkanJalinan dan ‘tag’ @AstroGempak dan @Churp2 dalam kapsyen gambar tersebut.
3. Isikan borang penyertaan di laman blog Churpchurp.
Selepas penat ziarah menziarahi (sambil ambil gambar dengan baju raya untuk pertandingan Instagram Glamor Raya), bolehlah berehat di rumah dengan menonton televisyen. Jangan tengok sorang-sorang. Ajak saudara mara semua. Sambil tengok, sambil berborak. Sembang tanya khabar. Dan jangan lupa layari portal www.astrogempak.com.my/raya untuk mengetahui program apa yang ditayangkan. Tak payah la selang 5 saat asyik tukar channel je.
Banyak program-program menarik yang bakal ditayangkan oleh Astro sempena Aidilfitri ini. Kesemua informasi mengenainya ada di www.astrogempak.com.my./raya. Kiranya portal Astro Gempak adalah one stop centre untuk pelanggan Astro di Aidlfitri ini. Macam-macam ada kat situ.
Di kesempatan ini, Abang Nara sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya ini bertambah meriah untuk anda semua. Jangan lupa untuk follow hashtag #EratkanJalinan di Instagram sebab Abang Nara akan kongsikan gambar mesra kami sekeluarga di pagi raya kelak untuk pertandingan Instagram Glamor Raya. Nantikan ~~ Untuk info lanjut, layari www.astrogempak.com.my/raya.
UPDATE: Tarikh tutup penyertaan telah dipanjangkan kepada 14 Ogos.