Baru-baru ini, usahawan yang dikenali ramai iaitu Datin Vivy Yusof memaklumkan dirinya pelbagai mesej positif daripada pengikutnya yang kini merindui perkongsiannya di platform media sosial.
Lebih bahagia dengan kehidupan privasi
Melalui hantaran Instagram Stories Vivy, dia menitipkan pesanan buat orang ramai untuk tidak terlalu memandang ke arah negatif dalam kehidupan.
Kata pemilik brand FashionValet itu, kehidupan privasi yang dilalui olehnya ketika ini sangat menenangkan dan penuh dengan kasih sayang.
Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Jangan biarkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda membunuh keindahan di sekeliling.
Buka akaun baru, mulakan ‘chapter’ baru dalam hidup
Dalam pada masa yang sama, Vivy turut berkongsikan akaun baru yang dibuat olehnya sebagai permulaan ‘chapter’ baharu dalam hidupnya.
Sekadar info, Vivy Yusof lebih ‘tertutup’ dalam berkongsikan hal peribadinya selepas terpalit dengan kontroversi pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam e-dagang.