May 2nd, 2017

Kisah cinta yang mencetuskan fenomena antara Fattah Amin dan Neelofa nampaknya sudah sampai ke penghujungnya apabila Fattah sendiri membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Menurut Fattah,  Wanita Terakhir yang pernah diilhamkan daripada kisah cinta beliau kini sudah berakhir dan beliau juga sudah ingin meneruskan kehidupannya. Buat Fattah, soal jodoh adalah ketentuan takdir namun beliau tetap berterima kasih kepada peminat yang sering mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Kini, Wanita Terakhir didedikasikan buat ibunya yang selama ini sudah banyak berkorban buat dirinya.

Tidak semua kisah cinta yang peminat harapkan akan menjadi kenyataan lebih-lebih lagi kalau tuan empunya badan pun sudah berkata begitu. Hidup perlu diteruskan. Tiada lagi #Lofattah.


Comments are closed.

Loading...