Beberapa ketika ini, siri drama adaptasi novel telah mendapat tempat di hati penonton. Fenomena ini boleh dikatakan sambuntannya cukup hangat setiap kali ia ditayangkan di televisyen.
Mempertaruhkan dua pelakon yang mempunyai karisma tersendiri, Ungku Ismail Aziz dan Elizad Shariffudin nyata berjaya menghidupkan watak El dan Kyra Lydia, sekaligus mengangkat drama Teman Lelaki Upahan ke satu tahap yang cukup hebat.
Jalan cerita Teman Lelaki Upahan juga cukup menarik dan keserasian El dan Kyra didalam drama ini sudah cukup mantap dan karakter El yang lucu tetapi pada masa yang sama cukup gentleman telah membuat ramai gadis diluar sana cair.
Sebenarnya, nama Ungku Ismail dan Elizad bukanlah baru dalam industri lakonan tetapi menerusi drama ini nama mereka semakin menyerlah.
Melabuhkan tirainya hari ini , Elizad telah memberi sedikit gambaran apa yang akan terjadi malam ini.
Apa yang saya boleh kongsikan adalah akan ada konflik di pertengahan sebelum episod akhir. Saksikan siapakah yang akan EL pilih untuk kebahagiaannya.
Adakah Kyra dan El bakal bersatu? Apakah dendam kepada Kyra akan memakan diri El? El akan memilih Zara ke untuk melembutkan hati Ummi agar memaafkan perbuatannya sebelum ini? Sama-sama kita nantikan episod akhir drama Teman Lelaki Upahan malam ini.
P.S: Jangan lepaskan peluang untuk turun padang melihat sendiri ribuan buku yang akan dijual di Buku & Bazar edisi Mac pada 28 dan 29 Mac ini (Sabtu dan Ahad). Bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, anda pasti akan berpuas hati dengan jenis-jenis buku yang akan dipamerkan. Maklumat lanjut layari Facebook Buku & Bazar Kota Buku.