Episod Akhir Drama Nur Hari Ini, Betul Ke Ustaz Adam Akan Ceraikan Nur?

Hiburan

Episod Akhir Drama Nur Hari Ini, Betul Ke Ustaz Adam Akan Ceraikan Nur?

Sudah lama kita tidak menonton drama berkualiti dengan penuh mesej yang bermakna seperti Nur, setelah mendapat sambutan yang luar biasa, akhirnya hari ini adalah episod terakhir drama tersebut.

Advertisement

Sepanjang ditayangkan, drama ini mendapat pujian yang positif kerana plot dan karakter yang cukup menarik. Contohnya watak Nur sendiri dimana dia seorang yang berminat dan ingin mendalami agama tetapi dalam masa yang sama masih terkurung di dalam sangkar dunia pelacuran.

Bukan itu sahaja, ia turut menyelitkan unsur-unsur dakwah selain menunjukkan realiti bahawa wujudnya orang-orang munafik seperti Ustaz Syed Hamadi. Betapa manusia ini boleh menjadi sangat hipokrit disebalik imej alim mereka.

Kisah cinta Ustaz Adam dan Nur yang ditimpa pelbagai ujian daripada keluarga dan juga pandangan negatif masyarakat berkaitan perkahwinan mereka yang berbeza darjat juga adalah tarikan utama drama tersebut, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta Ustaz Adam dan Nur.

Benarkah Ustaz Adam akan ceraikan Nur dan membuat keputusan berkahwin dengan Deeja? Ataupun apa yang berlaku daripada episod pertama hanyalah mimpi Ustaz Adam sahaja?  Sama-sama kita nantikan. Kongsikan pendapat ataupun ramalan anda untuk episod akhir Nur malam ini di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...