Drama Love You Mr. Arrogant yang telah tamat ditayangkan di TV3 memang popular sangat-sangat. Setiap petang wall Facebook dan Twitter Abang Nara dipenuhi dengan komen-komen daripada mereka yang menonton drama ini. Abang Nara tak berkesempatan untuk mengikuti drama yang diadaptasikan daripada novel ini kerana kekangan masa. Namun daripada apa yang dibaca, memang hebat penangan Love You Mr. Arrogant ini.
Episod akhir drama yang ditayangkan pada 7 November lalu telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak 4.6 juta. Hebat sangat tue. Malah drama ini juga telah mempopularkan pelakon baru seperti Azlee Khairi, Zara Zya dan Keith Foo. Namun Abang Nara juga sedih apabila ada isteri-isteri/awek-awek/gadis-gadis yang membandingkan watak hero drama ini dengan suami/pakwe/lelaki mereka. Satu perkara yang tak wajar pada pandangan Abang Nara.
Namun begitu drama Love You Mr Arrogant ini menunjukkan bahawa drama yang baik pasti akan mendapat sambutan. Lebih-lebih jika ia diadaptasi daripada novel yang sudah pun mempunyai pengikut tersendiri. Diharap pada masa akan datang, akan lebih banyak novel akan diadaptasi ke kaca TV. Sama-samalah kita nantikan. Apa pendapat anda mengenai drama Love You Mr. Arrogant ini?