Akhirnya drama Hati Perempuan bakal berakhir hari ini. Selepas hampir setiap episod bergaduh, merajuk, kena pujuk dan kemudian merajuk kembali, pasti ramai  yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kepada percintaan Yuhanis dan Tengku Zaril. Walaupun banyak kritikan negatif diterima terutamanya mutu lakonan hero dan heroin drama ini iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad, ternyata ia tidak menghalang 2 juta penonton untuk menghayati drama ini setiap kali ia ditayangkan.
Satu sesi viewing party turut diadakan oleh kelab peminat Hati Perempuan pada hari ini bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk sama-sama menyaksikan episod akhir bersama barisan pelakon utamanya bermula jam 4 petang hingga 9 malam. Jadi kalau anda peminat setia drama ini, bolehlah ke Finas untuk sama-sama menangis melihat ending drama ini.
Apa pun drama Hati Perempuan ini telah menaikkan nama Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan. Kehebatan ‘chemistry’ mereka di dalam drama ini amat hebat sehingga telah disalahertikan. Ramai yang mahukan mereka benar-benar bercinta di real life. Diharap drama yang mengisi slot Akasia selepas ini lebih realistik. Tak nak lah asyik cerita kahwin paksa, lelaki anak orang kaya, isteri kurang ajar dan sebagainya. Sekali sekala buat drama realiti sebenar apa salahnya kan? Apa pendapat anda?
P.S: Kelab kereta mempertahankan perjuangan mereka selepas kemalangan DUKE