“Entah-Entah Jodoh” – ‘Upload’ Video Sambut Hari Lahir, Nabila Razali Sekali Lagi Digosipkan Dengan Aedy Ashraf

Hiburan

“Entah-Entah Jodoh” – ‘Upload’ Video Sambut Hari Lahir, Nabila Razali Sekali Lagi Digosipkan Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi Nabila Razali baru-baru ini meraikan hari lahir yang ke-30 dan video sambutan itu dimuat naik ke laman TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, dipercayai kejutan hari lahir itu diadakan di sebuah lokasi penggambaran kerana dapat dilihat beberapa orang kru turut terlibat meraikan ulang tahun penyanyi tersebut.

Advertisement

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah kehadiran pelakon, Aedy Ashraf yang turut terlibat sama menyambut hari ulang tahun pelantun lagu Pematah Hati itu.

Terdahulu, khabar angin tentang hubungan istimewa antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf pernah tersebar apabila mereka berdua dilihat mesra bersama.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen membangkitkan semula gosip lepas setelah mengesan keberadaan Aedy di dalam video itu.

“Comel lah Nabila dengan Aedy,” ujar seorang peminat.

“Entah-entah jodoh ni haha,” kata seorang lagi pengikut Nabila.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa Nabila mungkin akan mengeluarkan lagu baru kerana sebelum ini Aedy pernah muncul dalam satu video muziknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

1 year ago

"Tudung Please Improve" - 'Upload' Video Menyanyi, Tapi Aurat Nabila Razali Pula Yang Ditegur Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...