Semalam, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ada membuka mulut bagi mempertahankan diri susulan kenyataan suaminya yang mendakwa dia telah menggugurkan anak ketiga mereka.
Shuhada menerusi kenyataan panjang di Instagram berkata, tuduhan Hafidz adalah tidak berasas dan bekas suaminya itu juga tidak menceritakan hal yang sebenar.
Difahamkan, Shuhada telah disiasat mengenai laporan polis yang dibuat Hafidz terhadapnya dan ia telah pun selesai dan berakhir dengan ‘tiada kes’.
Ibu kepada dua anak itu juga meluahkan rasa reda dengan tindakan Hafidz yang membuat laporan polis dengan niat yang tidak baik.
Waktu Hafidz bagi statement dekat media. Shu tak boleh komen, siasatan tengah jalan.Jadi hari ni sah, Shu tak salah.
Shu balas komen Hafidz berikan dekat media pasal keguguran. Berat sebelah dan tak ceritakan hal sebenar.
Jelasnya lagi, kenyataan Hafidz adalah bertentangan dengan apa yang sebenarnya terjadi terutamanya soal nafkah dan kononnya pelakon itu mengambil berat tentang kandungan anak mereka.
View this post on Instagram
Cara Hafidz gambarkan macam sengaja. Mungkin dia cuba nak tunjuk Shu ni tak baik dan dia bapa dan lelaki bertanggungjawab.
Shuhada dalam pada itu mendakwa ada mempunyai bukti bahawa dia keguguran akibat tekanan seperti laporan perubatan yang disediakan doktor, bukan semata-mata skrip yang direka-reka oleh Hafidz.
Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap Nurul atas dakwaan sengaja menggugurkan anak ketiga mereka.
Pelakon itu turut mendakwa Shuhada ada memintanya duit untuk menggugurkan kandungan namun tidak mempunyai bukti resit daripada hospital.