Menepis dakwaan bahawa dirinya menjalani pembedahan bariatrik untuk menurunkan berat badan, pelakon dan pelawak Enot menegaskan bahawa perubahan fizikalnya adalah hasil daripada amalan hidup sihat.
Enot, atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, menjelaskan bahawa sebagai bekas pesakit kanser usus, sebarang prosedur pembedahan yang melibatkan perutnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatannya.
Gula pun saya tak ambil. Saya ambil gula titik (pemanis tanpa kalori). Kalau minum kopi saya buat tanpa gula, kopi pahit atau kopi O. Nasi pun saya tak ambil dan ikutkan betul-betul tak makan nasi adalah setahun.
Saya bekas pesakit kanser usus. Usus saya tak boleh usik langsung, bermakna saya tempah maut kalau saya potong usus.
Menurutnya, perubahan fizikal yang dialaminya selepas berjaya menurunkan berat badan kepada 75 kilogram (kg) daripada hampir 100 kg sebelum ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tuduhan tidak berasas.
Dulu saya pernah kurus tapi masa zaman sekolah. Itulah mereka cuma tahu asalkan kurus sahaja potong usus.
Mereka tahu menfitnah tanpa bertanya. Banyak sangatlah duit saya nak potong usus (bariatrik). Hari tu masa bedah lutut pun saya minta bantuan orang. Kelakar.
Berkongsi rahsia dietnya, Enot turut mengamalkan pengambilan jus buah-buahan yang dikisar sendiri sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihatnya.
@enot7812 Salam selamat berpuasa hr ke 3 dah,yg mane x mulakan lg minum @KALISTA HQ mulakan sekarg sbb bila minum teh tarik atau almond maciato dr kalista kt rasa kenyang smpai petang n yg paling penting kt x perlu risau nak mkan bnyk masa berbuka sbb lps buka puasa je kt minum burnicetea terus dia bantu kt mbuang sume lemak2 yg x patut,so tggu apa lg dptkan produk kalista skrg,bole pg ke hq live setiap hr atau pg ke bag kunjng yg vttnya akk dah pinnedkan kat feet akk ok #bersyukur #alhamdulillah #seremban #fypage #2025 #fyp??viral?tiktok #ramadan #fyppppppppppppppppppppppp #fyp?? #tehtarikkalista #fypmalaysia #fypburnicetea #sihat #raya #kalista #fypborneo #angsanamall
Saya juga suka membaca dan mengamalkan pengambilan jus termasuk lemon serta nanas yang dikisar sendiri untuk membuang angin dalam badan.
Baru-baru ini, pelakon drama Hello Jodoh itu berkongsi gambar terbarunya yang memperlihatkan perubahan ketara pada fizikalnya, sekaligus menonjolkan kecantikannya.
Penampilan baharunya menerima pujian daripada netizen yang kagum dengan kejayaannya menurunkan berat badan, malah ada yang menyamakan wajahnya dengan seorang penyanyi terkenal dari Indonesia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.