Enot Nafi Dakwaan Berpura-pura Sakit Kanser

Hiburan

Enot Nafi Dakwaan Berpura-pura Sakit Kanser

Memang Abang Nara terkejut beruk semalam apabila membaca dakwaan seorang pelakon wanita yang dikatakan berpura-pura menipu dirinya sakit kanser di BiPop. Sekali baca pun Abang Nara dah tahu pelakon tersebut ialah Enot. Dikatakan mempunyai kanser tahap keempat, Enot kononnya mahu meminta simpati untuk mendapat tawaran kerja dengan menjaja kisah sedih dirinya ditimpa sakit tersebut.

enot nafi kanser

Advertisement

Hari ini menerusi Mstar Online, Enot tampil menafikan dakwaan tersebut. Iyerlah, orang kalau kena kanser dah sampai peringkat keempat memang tak boleh nak bergerak dah. Terlantar je atas katil. Menurut Enot, kanser usus yang dihidapinya hanya tahap kedua sahaja. Itu yang masih boleh aktif berlakon. Kata Enot:-

Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.

Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak. Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya

Namun Enot mengakui yang kawan-kawan baiknya mula menjauhkan diri sejak dirinya sakit. Benarlah kata orang, kawan ketawa boleh dicari, kawan menangis memang sukar dijumpai. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Enot. Memang tabah sungguh Enot.

Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.

Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga.

Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.

Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri

enot

Diharap Enot tabah dengan dugaan ini. Makcik Abang Nara pun kena kanser tahun lalu. Alhamdulillah sekarang dah makin okay selepas pembedahan dan mengamalkan makan sejenis daun. Abang Nara tak ingat dah daun apa tapi ia memang berkesan. Mungkin Enot boleh buat kajian dan mencuba. Mana tahu boleh berjaya pulak. Kalau korang ada nasihat dan panduan untuk para pesakit kanser, kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...