Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan video promosi lagu raya yang dikeluarkan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang menerima banyak kecaman. Namun begitu, pelakon Sharnaaz Ahmad pula berpendapat berbeza.
Beri warna dan corak
Menurut aktor itu, dia berkata kehadiran Aliff Syukri dalam industri hiburan adalah sesuatu perkara yang positif kerana dapat memberi warna dan corak. Menurutnya, tanpa kehadiran kontroversi usahawan tersebut, industri tersebut akan hanya mengulas tentang topik-topik berkaitan dengan artis sahaja.
Kalau tak ada dia dalam dunia seni bosan juga, asyik cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah). Sebab, dia ini ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri.
Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita.
View this post on Instagram
Menikmati selagi ada
Menerusi perkongsian di Instagram story, Sharnaaz berkata netizen patut menikmati hiburan yang ada sementara Aliff ini masih ada dalam industri tersebut dan tidak mengambil serius konten yang dimuat naik olehnya.
Enjoy je lah selagi dia masih ada. Salam Ramadan people.
Terdahulu, lagu raya yang diberi tajuk Love Raya itu telah mengundang kecaman apabila ada satu babak dalam muzik video tersebut yang menampilkan dia dan beberapa orang penari mengenakan kostum aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan Hari Raya.
Rentetan isu terebut, Aliff telah pun memadam MV raya berkenaan di setiap platform dan sempat memohon maaf jika ia dianggap keterlaluan setelah ibunya sendiri meluahkan rasa kecewa padanya.