Enjin Proton X50 Flagship Mungkin Digunakan Pada X70 Versi Baru Ogos Ini

Automotif

Enjin Proton X50 Flagship Mungkin Digunakan Pada X70 Versi Baru Ogos Ini

Proton khabarnya akan memperkenalkan Proton X70 versi baharu pada Ogos tahun ini dengan mempertingkatkan rekaan baharu serta menggunakan enjin yang lebih kecil.

Menurut laporan Pandu Laju, berkemungkinan yang enjin asal pada Proton X70 iaitu 1.8L TGDI akan digantikan dengan enjin yang digunakan Proton X50 Flagship iaitu 1.5L TGDI dengan trenkuasa 3-silinder.

Advertisement

Enjin yang digunakan X70 ketika ini menghasilkan 181hp serta 300Nm dan enjin X50 Flagship menghasilkan 175hp serta 255Nm. Ini bermakna yang sekiranya perkara ini betul, Proton X70 akan hilang 6hp dan 45Nm.

Untuk pengetahuan, Proton X70 yang telah di eksport ke Pakistan telah menggunakan enjin Proton X50 Flagship tersebut dan mungkinkah di Malaysia pun sama?

Kalau korang nak tahu, Proton masih lagi import enjin pada Proton X70 dan Proton X50 ini, itu sebablah tempoh bagi sesiapa yang tempah kedua-dua model ini agak lama.

Dalam masa yang sama, mereka sedang berusaha untuk menghasilkan enjin-enjin tersebut produk buatan sendiri di Tanjung Malim. Semoga terus maju jaya Proton!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...