October 13th, 2020

Selepas wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab tampil memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris pemain bola sepak negara Safawi Rasid yang kini bermain untuk kelab Portimonense SC, pelakon sensasi Zarina Anjoulie tampil menyelar tindakan tersebut.

Menurutnya, Safawi telah cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, namun tindakan rakyat tempatan yang menyindir cara pertuturannya itu adalah tidak manis.

“Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar. Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia.”

Tidak kurang juga, Zarina dilihat turut memuat naik sepotong rakaman video dan menyeru orang ramai supaya memberikan sokongan terhadap Safawi kerana beliau antara individu yang mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus.”

Untuk rekod, bekas bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menyarung jersi bernombor 29 untuk kelab Portimonense SC.


3 responses to ““English Berterabur Sikit Nak Gelak!” – Zarina Anjoulie Marah, Nak Ludah Siapa Kacau Safawi Rasid”

  1. Salamlam says:

    Maaf ye saya buknny nk salahkn sapa2 mahu safawi atau yg puyah dri ckp hal yg enghlish safawi bertabur…tu mmg x patut di perbesar besarkn .biar la dia?yg pnting dia dah serba sedikit mengharum kan nama malaysia di persada dunia.
    So pasal yg ke 2 pla ni maaf ye xsalah kita marah kan org tu apata lg menghina sifat kekurangan sesorang cuma kalu kita nak menghukum org itu atas percakapan dia dan kita nk hukum dengan udang2 kita sendri dan.yg paling tak sesuai kita luah percakap kita sehinggah mahu meludah itu bukan jalan peyelesaianny sekirany kita nak persalah kn org itu dan pada hal sama kita tambah lgi perkataan meludah adaka itu boleh di selesai kan.walhal perkara sebegitu blh lagi menambah sakit hati org yg kita nk ludah negara kita ada undang2 tetapi hal undang2 nk meludah tak ada lg di buat di mana negara so saya paham kalu kita sangat marah sampai kita boleh buat apa saja perkataan yg tak semestiny kluar..adaka sekirany sorang itu nak betol meludah.dgn kesalahan yg dia buat bukan dri perbuatanny tapi dri percakapnny kita pula nak meludah dia sekirany dalam masa yg sama org yg melempar kan perkataan enghlish safawi itu ada dia berada di depan awak ada ka awak akan buat seperti yg anda ckp akan meludah.di sni saya mak kata penghujung mmg tidak ada sehingga benda2 yg tak sepatut terjadi permusuhan dah menjadi topik cerita hanya hal enghlish bertabur ludah meludah termasuk menjadi isu antara ke dua pihak..
    Bagi saya buat la peyelesaian yg boleh di terima pakai dan mejadi iktibar buat yg menghina enghlih safawi..mungkin masa dia becakap atau cerita hanya brgurau kan so….apa2 pun kita blh buat apa saja perkataan yg blh membuat org itu marah di tambah lagi awak adalh org yg di ketegorikn org senang mungkin awak selesakan nk katakan apa saja blh…apa pun belajar la cara percakapn yg baik dan boleh di guna pakai ok…harap jgn ada yg tesalah faham sekira ny msg saya membuat anda meronta saya sekadar nk luah kan permsalahan enghlish bertabur dan meludah perbetolkn lan diri kita terlebih dahulu baik jahat ny org itu yg tak tau berbahasa enghlish jangan la kita tambah dgn komen bertabur2 ok asalammualaikum..

  2. Zioe says:

    “Sy tak malu bila sy x pandai atau x fasih bahasa inggeris, kerana ia bukan bahasa ibunda sy..” Raja Permaisuri Agong…

  3. Anonymous says:

    ye betul bangga sangat dengan B. Inggeris ..aper daa..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...