Agak menarik beberapa email yang Abang Nara terima sebentar tadi. Kesemuanya bertanyakan perkara yang serupa iaitu adakah Engku Emran sudah menemui pengganti Erra Fazira? Ini kerana beberapa status yang dimuat naik oleh bekas suami Erra Fazira ini menerusi akaun Instagramnya seolah-olah menunjukkan dirinya sedang dilamun cinta. Hmmmm…
Salah seorang pengirim email turut sama berkongsasi lah satu komen yang dihantar oleh Engku Emran. Agak menarik bait-bait kata yang ditulis olehnya. Malah biodata Instagram Engku Emran juga turut tertulis “Taken”. Hmmmm….
Abang Nara sudah melihat gambar wanita yang dikaitkan dengan Engku Emran namun buat masa ini, biarlah kita menunggu respons daripada empunya badan dulu. Apa pun, memang cantik orangnya. Kalau ini benar, tahniah diucapkan kepada Engku Emran. Moga Aleesya cepat-cepat dapat emak baru.