Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira iaitu Engku Emran berkongsi rasa syukur serta bangga apabila anak tunggal mereka, Engku Aleesya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) baru-baru ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Emran mendedahkan Aleesya memperoleh 7A, sekali gus menjadikan ia detik paling bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.
Tahniah atas 7A kamu, anak ayah! Alhamdulillah. Kekal merendah diri, kekal berpijak di bumi nyata.
Terima kasih kerana buat hati ayah dipenuhi rasa bangga dan gembira. Selama 11 tahun tempoh persekolahan kamu, ayah telah mendedikasikan sebahagian besar hidup ayah untuk memastikan kamu cemerlang dalam pelajaran.
Dalam pada itu, Emran turut meluahkan pengorbanannya selama ini demi memastikan kejayaan anak tersayang, termasuk tidak pernah terlepas menghadiri program sekolah Aleesya.
Tambahnya lagi, kejayaan Aleesya ini menjadi bukti bahawa segala usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.
Terima kasih Aleesya kerana menjadikan hari ini hari paling indah dalam hidup ayah. Kamu buktikan kepada ayah bahawa segala pengorbanan ayah selama ini tidak sia-sia. Apabila kamu memiliki anak kelak, saya berharap kamu juga akan membuat pengorbanan yang sama untuk mereka, seperti yang saya lakukan untuk kamu dalam pendidikan.”
Untuk rekod, Engku Emran dan Erra Fazira mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007, namun berpisah pada Februari 2014.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.