Engku Aleesya Dan Sofea Buat ‘Live’ Bersama Jadi Tumpuan Netizen – “Tak Gedik-Gedik Pun ‘Views’ Mencanak Naik”

Kehidupan

Engku Aleesya Dan Sofea Buat ‘Live’ Bersama Jadi Tumpuan Netizen – “Tak Gedik-Gedik Pun ‘Views’ Mencanak Naik”

Penampilan dua remaja ini mencuri perhatian ramai apabila anak kepada Erra Fazira, Engku Aleesya bersama Sofea iaitu anak kepada Ezwan tampil membuat siaran langsung bersama di media sosial.

Live tersebut difahamkan meraih sekitar 27,000 tontonan dengan lebih 1.7 juta tanda suka, sekali gus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Lebih menarik, kedua-duanya jarang atau hampir tidak pernah berkongsi kandungan secara aktif di media sosial, namun sekali muncul terus ‘meletup’.

Advertisement

Apa yang membuatkan ramai kagum bukan sekadar jumlah tontonan, tetapi cara mereka berinteraksi. Sepanjang siaran langsung itu, perbualan mereka berkisar tentang buku, peperiksaan SPM, A-Level, kuih-muih serta topik seperti MBTI — jauh berbeza daripada kandungan sensasi atau ‘merapu’ yang sering menjadi trend dalam kalangan remaja.

Rata-rata netizen memuji sikap sopan, matang dan berilmu yang ditampilkan, selain menganggap kedua-duanya sebagai contoh remaja yang membawa imej positif di media sosial. Ada juga yang menyifatkan cara percakapan dan topik yang dibincangkan mencerminkan didikan baik daripada ibu bapa.

Keserasian mereka turut dipuji kerana dilihat selesa berbual secara santai tanpa mencetuskan sebarang kontroversi. Ramai yang meninggalkan komen positif dan mengucapkan tahniah kepada keluarga atas cara didikan yang membentuk peribadi anak-anak tersebut.

Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi kandungan sensasi, kemunculan dua remaja ini secara sederhana tetapi berisi nyata memberikan angin segar buat netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-19 13:00:04

"Tiba-Tiba Nampak Lembaga.." - Netizen Terjumpa Akaun Media Sosial Isteri Mangsa Bun*h Di Cherating, Hantaran Undang Sebak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...